Social Icons

Garam buluh vs Garam biasa

Assalamualaikum kawan-kawan..

Terpanggil pula hendak menulis tentang garam hari ini. Percaya tak, garam memainkan peranan penting dalam kehidupan? Ya..memang betul..Dan kebetulan hari ini ada artikel tentang garam di dalam akhbar. Tetapi bukan garam biasa tau, garam buluh. Bagi yang biasa baca blog zatil,mesti tahu ada banyak sangat produk-produk daripada garam buluh ini.

Zatil suka sangat berkongsi tentang kelebihan garam buluh berbanding garam biasa yang kita makan. Alang-alang makan garam, lebih baik makan garam yang memberi khasiat dan manfaat kan?

Antara khasiatnya: 

1. Mengurangkan kadar asid dalam badan

◆ Satu-satunya garam yang bersifat alkali yang membantu MENYINGKIRKAN ASID BERLEBIHAN dan MELANCARKAN PEREDARAN DARAH dalam badan.

2. Mengandungi 80 jenis mineral 

◇ Garam laut yang dibakar sehingga merah berapi. Garam yang dibakar di dalam buluh ini menghasilkan lebih daripada 80 jenis mineral dan zat termasuklah asparagines dan asid glutamik.

3. Garam berbeza daripada garam biasa

◆ Garam putih yang sering dihasilkan melalui proses kimia dan warna putih garam terhasil daripada proses pelunturan. Ini menyebabkan semua mineral semulajadi yang terdapat dalam garam.hilang dan yang tinggal hanyalah sodium klorida yang memudaratkan kesihatan. Garam buluh bertindak MENYINGKIRKAN kandungan SODIUM yang tinggi dalam badan.

4. Membantu memulihkan kesihatan

◇ Garam buluh MENEUTRALKAN asid berlebihan di dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit. Selain itu ia juga membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan tenaga, mengatasi keletihan serta mengatasi pelbagai masalah kulit.

Kebaikan garam buluh yang jauh lebih bermanfaat berbanding garam biasa. Jom tukar kepada garam buluh. Khasiat dan bonus kepada masakan kita. Ibu-ibu yang dah mencuba garam buluh sure setuju dengan zatil..hehehe..yang lain kena cuba tau!!Garam buluh vs garam biasa ~

Nanti zatil kongsikan lebih lagi tentang garam buluh ye ♥ till then.....