Social Icons

Jerebu oh jerebu..Haze haze go away

Assalamualaikum lovelies..adik2..abg2..good morning!!
 
Topik menarik minggu ini..jerebu oh jerebu..
sgt2 teruk kan?bau asap..mata berair sbb asap memasuki mata..batuk..sakit tekak..flu..semua ada..memang kita semua mengharapkan cepatlah "pergi" jerebu or haze ni..
 
Outdoor activities are strictly prohibited..try to limit outdoor activity as you can..wearing mask will helps reduce the possibility to get sick,as zatil even in a car,I will and always wearing mask..And satu benda yang sangat2 membantu adalah Biozone Car Sterilizer..
 
 
Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan... bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.

Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

KELEBIHAN PRODUK
- Menggunakan teknologi “cold plasma” Jepun yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3).
- Membasmi kuman yang boleh menyebabkan masalah pernafasan dengan berkesan, mencegah bakteria dan jangkitan virus.
- Menguraikan VOC dalam kereta misalnya formaldehid, benzena, ammonia, menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain.
- Membersih dan menyegarkan udara dalam kereta.
- Ringan, mudah alih dan mudah digunakan.
- Selamat, mesra alam dan tidak memerlukan penyelenggaraan
 
"lets protect ourselves!!"
~ zatil rasdi 0123351984 / www.facebook.com/Beauty-and-Inspire

Tips kurangkan kecenderungan meroyan/kemurungan

Salam semua..
Last entri zatil ada story2 tentang meroyan,punca-punca dan simptom-simptomnya..so this time zatil just nak share my experience and opinion..maybe boleh helps kita dlm tangani masalah meroyan ni..meroyan bkn sesuatu yg boleh kita pandang "ringan" juga tau..sebab keberangkalian untuk jadi lebih teruk adalah tinggi..kalau tak dibendung dari awal..scaryyyyy sebenarnya..kdg2 kita tak sedar dan perasan..
 
 
tips-tips ni penting utk semua ibu-ibu especially untuk mommies yg baru lepas bersalin..
 
1. elakkan bersendirian
 
kenapa eh?bkn bersalin kita kena rehat ke?yup..rehat memang perlu.tapi kurangkan masa bersendirian.sebab bila kita duduk seorang2,walaupun ada baby kn,tp gelagat baby boleh memberi pelbagai perasaan kpd ibu..setuju?
 
terutama anak sulung..sebab kita takde pengalaman lagi.jadi macam-macam perasaan yang timbul.happy,sedih,rasa nak marah (sebab tak cukup tidur or baby kerap menangis) dan macam-macam lagi.so nak tau apa yg zatil buat,i stayed di ruang tamu..hahaha..funny?but yes,it's really helps ease my tense..
 
 
2. bercerita tentang perasaan
 
ni memang best!jangan rasa malu,rasa macam poyo ke kalau kita asyik bercerita..sebab ini la je cara kita meluahkan perasaan..paling tidak pun,bercerita je la dgn en suami..hehehe..or sekarang kan dah ada media sosial;blog,facebook,keek dan macam-macam lagi..ha..sure boleh share story-mory kita yang indah ke,sedih ke,frust ke,confius..seeemuaaaa boleh cerita :)
 
3. sokongan keluarga
 
ermm..penting sangat2..sometimes we dont' need physical supports sangat,but emotional as well..so be with your husband,parents and in-laws..we shall enjoy our life while we still can..let them help apa-apa yang kita rasa perlu..
 
 
 
 
 
 
4. pelukan
 
haaaa..perlu x?jwpn zatil..perlu..perlu..perlu..we need it a lot..therapy yg paling baik dan berkesan..hugs and kisses will make your day wonderful!!trust me..
 
 
 
5. makan angin
opss..bg  petua ni mungkin nampak tak sesuai dengan mommies yang sedang berpantang, tapi zatil sendiri pernah rasa macam resah dan sedih.jadi zatil minta dengan parents and husbnad,bawa kelaur round,duduk dalam kereta je pn..and it helps..ingat lagi simptom-simptom murung?ha..jadi kita boleh tengok2..ada tak pada kita..kalau macam ala-ala ada,well kita boleh keluar,ambil angin..tapi pastikan masih berstokin,berbengkung ye..pantang tetap kena pantang..cuma tenang-tenang kn fikiran di luar sementara waktu..
p/s: bagus tau..even MIL zatil bagi green light..siap tanya lagi tak nak keluar round2 ke..
 
semoga perkongsian ni bermanfaat..sharing kan loving!!
~zatil~


Meroyan / kemurungan

Assalamualaikum semua..

Tetiba zatil hari ni nak berdiskusi dan bercerita tentang meroyan..sure semua orang pn biasa dengar perkataan meroyan ni..selalunya orang-orang tua selalu beritahu kita tentang ni kan?

Tapi,adakah kita semua aware dengan perkataan "meroyan" ini?Betul ke meroyan hanya untuk mereka yang sedih dan kecewa?Apa agak2 nya simptom-simptom meroyan?Jom kita sama-sama discuss tentang ni ye..kalau siapa-siapa ada tambahan info,bolehla komen-komen later on..

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini. Kebarangkalian untuk meroyan semakin tinggi.

Kita selalu kaitkan meroyan dengan bayi. Ada yang sampai panggil "murung bayi". Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan dan sokongan, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.


Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti: 
• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan. 

• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan. 

• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.(merasakan tubuh badan tidak lagi spt sebelum melahirkan)

• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu. 

• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat. 

• Mendapati sukar untuk menyusu badan.


• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil. 

Sokongan dan bantuan ahli keluarga sangat mempengaruhi sebenarnya terutama selepas bersalin. Setiap orang akan mengalami simptom yang berbeza, tetapi ini antara apa yang kita rasa:
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
  • terperangkap
Kita semua mesti ada merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, kemungkinan itu lah meroyan atau kemurungan posnatum. Zatil pernah melalui tempoh berpantang,jadi memang faham sangat dah.Waktu-waktu begini sangatla sensitif..asyik nak "terasa" je..hehehe..

Apa pun yang kita rasa,sekiranya kita berfikiran positif dan melakukan apa yang termampu dek badan,zatil yakin masalah meroyan ini dapat dikurangkan.Nanti next entri zatil share info tentang cara-cara mengurangkan dan mengelakkan meroyan ok..till we meet again..

xoxo,
ur lovely zatil..ahaks ;p