Social Icons

Diet..opss..

Assalamualaikum..
Yeay..What a happy day!Timbang setiap pagi,jarum penimbang tu kekal di tempat yang sama.Well,zatil tak lah on diet yang terlampau obses.Jom zatil share sedikit tips penting tentang diet ni.

Untuk dapatkan berat badan IDEAL,kita sepatutnya menggunakan kaedah yang tidak menyeksakan.Jadi,cara perlu betul.Ramai yang mengambil makanan yang tidak sihat dan jumlah kalori yang tinggi.Antara tips yang boleh dijadikan panduan:

◆ Jangan langkau waktu makan
- Sesetengah orang gemar melangkau waktu makan tengahari dengan pelbagai alasan.Melangkau waktu makan tidak akan menurunkan berat badan,sebaliknya lebih kerap dan banyak anda makan.Kita akan terdorong untuk makan dalam jumlah/saiz hidangan yang lebih besar.

◇ Jangan makan sambil menonton televisyen
- Makan sambil menonton televisyen menyebabkan kita akan makan lebih 40% kalori berbanding jumlah biasa.Bermain telefon dan memandu sambil makan juga membuatkan kita makan lebih banyak.Sebaiknya,makan secara perlahan dan fokus pada aktivit tersebut.

◆ Timbang berat setiap hari
- Penting untuk mengetahui sama ada usaha kita mendatangkan hasil atau tidak.Oleh itu,sentiasa lah timbang berat badan dan rekod perubahan.Jika berat semakin bertambah,bermakna menu diet perlu diubah dan tambah waktu bersenam.

◇ Makan buah dua kali sehari
- Buah-buahan tidak mempunyai lemak kerana kandungan di dalamnya kebanyakannya air.Jadi jangan lupa meletakkan buahan sebagai menu seharian.

◆ Bayangkan diri menjadi kurus
- Setiap kali perasaan ingin mengalah muncul,cuba berimaginasi tentang bentuk tubuh yang diidam-idamkan.Paling penting sentiasa yakin yang kita akan mencapai bentuk badan yang dimahukan dan mengikut diet yang sesuai.

Bagi zatil,hendak mencapai berat ideal,perlu semangat dan keazaman.Dan jangan terlampau berdiet sehingga menjejaskan kesihatan.Diet tanpa bantuan dan panduan,akan mengeruhkan lagi keadaan.Jadi dapatkan tunjuk ajar dan bantuan dari pihak yang pakar.

Zatil kekalkan berat badan tanpa sebarang diet melampau dan menahan makan.
1. Makan malam masih seperti biasa tetapi diawalkan (jam 7-8 malam).
2. Pemakaian Premium Beautiful secara konsisten sangat membantu dalam proses mendapatkan berat ideal.
3. Minum air kosong mengikut jumlah yang kita perlu. (bantu sangat tau!)
4. Tidur dan rehat yang cukup (yang ni terima kasih pada Biovelocity Sleepmate)

Selamat Berdiet semua!!
Boleh dapatkan konsultasi PERCUMA dari zatil,anytime,anywhere!!Call or sms sahaja 0133931984/emel: fara_rx7@yahoo.com

Daaaa ♥


Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment