Social Icons

Meroyan / kemurungan

Assalamualaikum semua..

Tetiba zatil hari ni nak berdiskusi dan bercerita tentang meroyan..sure semua orang pn biasa dengar perkataan meroyan ni..selalunya orang-orang tua selalu beritahu kita tentang ni kan?

Tapi,adakah kita semua aware dengan perkataan "meroyan" ini?Betul ke meroyan hanya untuk mereka yang sedih dan kecewa?Apa agak2 nya simptom-simptom meroyan?Jom kita sama-sama discuss tentang ni ye..kalau siapa-siapa ada tambahan info,bolehla komen-komen later on..

Meroyan atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa. Dahulu, pendapat umum ialah bahawa satu dalam 10 orang ibu menghidapnya. Sekarang ialah seorang dalam empat ibu menghidap penyakit ini. Kebarangkalian untuk meroyan semakin tinggi.

Kita selalu kaitkan meroyan dengan bayi. Ada yang sampai panggil "murung bayi". Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Dengan bantuan dan sokongan, anda akan merasa lebih sihat dalam beberapa hari. Walau bagaimanapun, meroyan adalah satu penyakit. Ia tidak akan sembuh tanpa rawatan.


Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti: 
• Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan. 

• Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan. 

• Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.(merasakan tubuh badan tidak lagi spt sebelum melahirkan)

• Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu. 

• Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat. 

• Mendapati sukar untuk menyusu badan.


• Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil. 

Sokongan dan bantuan ahli keluarga sangat mempengaruhi sebenarnya terutama selepas bersalin. Setiap orang akan mengalami simptom yang berbeza, tetapi ini antara apa yang kita rasa:
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
  • terperangkap
Kita semua mesti ada merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, kemungkinan itu lah meroyan atau kemurungan posnatum. Zatil pernah melalui tempoh berpantang,jadi memang faham sangat dah.Waktu-waktu begini sangatla sensitif..asyik nak "terasa" je..hehehe..

Apa pun yang kita rasa,sekiranya kita berfikiran positif dan melakukan apa yang termampu dek badan,zatil yakin masalah meroyan ini dapat dikurangkan.Nanti next entri zatil share info tentang cara-cara mengurangkan dan mengelakkan meroyan ok..till we meet again..

xoxo,
ur lovely zatil..ahaks ;p

Collagen..mengapa penting?

Morning semua..assalamualaikum..

Lama jgk rsnya tak update di blog..al maklum walaupun cuti semester,tetapi urusan-urusan berderet menunggu..hehe..

Hari ni zatil just nk share keratan akhbar tentang kepentingan kolagen..sometimes kita tak tahu or terlupa..dan disebabkan urusan rumahtangga dan pejabat (bg yg bekerja),tak sempat nk amalkan tradisional tips utk kekalkan kehalusan kulit..


Penting rupanya kolagen ni seawal usia 25thn..jom amalkan..byk pilihan kolagen di pasaran skrg..tp zatil amalkan BbPlusCollagen ;))


Transform your shoes!!Beautiful!

Assalamualaikum wbt semua...
agak2 tengok gambar ni,apa rasanya yang zatil nak kongsikan?
 
ha..zatil nak share cara-cara untuk ubah kasut kita yang nampak biasa-biasa ke luar biasa..trendy sikit la..
 

 
so..
bahan-bahan yang diperlukan:
  • kasut tutup penuh bertumit (depends la..kalau tak nak bertumit pun takpe as long as bertutup)
  • nail polish
  • gunting
  • cellotape
 
how you do it?
  • Cut two pieces of cellotape and stick it on the front of your shoes as far as you want the tip to be. (try and get it even and the same on both sides, measure it if you are not sure)

  • Start painting with the polish in an even layer on both shoes and let it dry.
  • When it is dry (it took about 5 min on my shoes) give it another coat 


  • If it looks opaque (this has to do with the consistency of the nail  polish you are using) then wait until its dry and carefully start peeling off the cello tape.
  • Check if there are any bits that need to be filled in and do it with a really small brush or toothpick (mine were perfect so no need)

  • tadaaaaa...